Amalan perubatan Maut Hitam di England

Untuk merawat pesakit yang dijangkiti dengan wabak, pelbagai kaedah telah digunakan termasuk pemeluhan, berbekam, paksa muntah, dan glister.[42] Ketika fasa awal penyakit, berbekam dilakukan pada sebelah yang sama dengan gejala fizikal buboes atau timbul muncul. Sebagai contoh, sekiranya timbul muncul di sebelah kanan peha ahli perubatan akan membekam urat pada buku lali sebelah yang sama.[43] Dalam kes pemeluhan ia dilakukan dengan ubat-ubatan seperti Mithridate, Venice-Treacle, Matthiolus, Bezoar-Water, Serpentary Roots dan Electuarium de Ovo.[44] Pemeluhan digunakan sebagai langkah terdesak; sekiranya pesakin memiliki token, beberapa versi timbul, ahli perubatan akan membalut pesakit bogel dalam selimut yang dibasahkan dengan air sejuk. Langkah ini hanya dilakukan sekiranya pesakit masih memiliki haba semulajadi dalam tubuhnya. Kesan yang diingini adalah pesakit berpeluh dengan banyaknya dan dengan itu menyingkir kesemua pencemaran dari darah yang disebabkan oleh penyakit.[45]

Satu lagi amalan yang digunakan adalah penggunaan merpati ketika merawat bengkak. Bengkak yang kelihatan putih dan dalam tidak berkemungkinan untuk pecah dan perlu disapu dengan Minyak Lily atau Camomil.[46] Apabila bengkak timbul berkepala dan kelihatan merah dan cetek dalam dalam daging, ia boleh dipecahkan dengan menggunakan pelepah dari ekor merpati muda> Asas pelepah adalah bagi menahan bengkak dan menarik keluar bisa. Bagaimanapun, sekiranya bengkak surut dan menjadi hitam disebabkan ia telah menjadi sejuk, ahli perubatan perlu berhati-hati apabila menarik sejuk dari bengkak. Sekiranya ia terlalu lewat untuk menghalangnya, ahli perubatan akan mengambil merpati muda, membelahnya dari dada ke belakang, membukanya hidup-hidup dan meletakkannya pada bengkak sejuk. Gelas bekam adalah kaedah lain di mana ia dipanaskan dan diletakkan di atas bengkak. Apabila kudis pecah, ahli perubatan akan menyapu Mellilot Plaister dengan Linimentum Arcei dan menyembuhkan kudis dengan teliti.[47]